ge72tnM6Gs6PaViesAfonbsLrcY CIRI-CIRI BISNES KAD | Lovely Violet Enterprise

Monday, November 28, 2011

CIRI-CIRI BISNES KAD

Logo

Bisnes anda ada logo ke tak? Kalau tiada, sila buat.. Logo bisnes akan diletakkan di kad bisnes sebagai suatu penjenamaan.. Pastikan reka bentuk logo bisnes itu bersesuaian juga untuk digunakan pada kepala surat (letterhead), sampul surat, invois, resit dan segala cetakan lain..

Slogan atau tagline

Mcam KFC slogan mereka ialah “Finger Lickin’ Good”.. Itu dulu.. Sekarang dah tukar ke “So good”.. Jadi slogan atau tagline bisnes anda kena diletak ke dalam kad bisnes supaya ia memberi gambaran awal tentang bisnes yang dijalankan..

Font

Saiz font harus tidak kurang dari 8.. Sebab jika kurang daripada tu, takut-takut sesetengah orang tak dapat baca.. Kena pula kalau pelanggan kita tu rabun dekat.. Kesian dia terkebil-kebil tengok kad bisnes kita..

Warna

Warna latar dan font pastikan kontra.. Kalau warna dah dekat sama, menyusahkan orang nak baca.. Orang yang tak rabun warna pon boleh ambil masa sejam nak faham apa kita tulis.. Kuantiti warna dalam kad bisnes sebaiknya tidak melebihi 5..

Material

Gunakan material yang berkualiti.. Jangan gunakan kad lembut yang mudah koyak atau terlipat di hujung.. Material baik yang paling popular adalah art card 260 gsm.. Material ni tak tebal tapi keras..

Offset vs Digital printing

Dari segi kualiti warna, offset memang lebih cantik daripada digital printing.. Kosnya pon lebih murah.. Material kad pon pelbagai.. Nak matt laminate boleh.. Spot UV boleh.. UV varnish boleh.. Macam-macam boleh.. Jadi buat jelah kad tu dengan offset printing..

Maklumat

Anda tak perlu letakkan status anda yang sudah berkahwin atau bujang di dalam kad bisnes.. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, nombor telefon, emel, alamat, laman web, laman sosial, servis dan produk yang ditawarkan.. Itu antara yang penting..


No comments:

JOM BUAT DUIT